Selasa, 6 November 2012

Kita Lupa

                      
                        INDAHNYA DUNIA






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apa khabar semua? Didoakan semoga sentiasa berada dalam keeadaan sihat..macam surat cinta pulak..hehe..kantoi pengalaman..keh3..

Ada seperkara kita sebagai manusia sering lupa dengannya. Kita sering tertewas dengan keindahannya. Kita terlupa kita sedang bermusafir di atasnya.dan kita lupa untuk apa tujuan kita berkelana di atas nya. Untuk berseronok??untuk berusaha mendapatkan pujian dari seluruh manusia? Kita lupa sebenarnya.

Kita semua Allah hantar ke dunia selepas peristiwa Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s, dan disitulah bermulanya ujian kita sebagai manusia yang akan diadili di mahkamah Allah s.w.t kelak pada hari yang sudah ditentukan, hari Kiamat. Iblis ketika hendak di usir oleh Allah s.w.t daripada syurga, sempat berdialog dan meminta seperkara daripada Allah s.w.t. Kisahnya kita boleh jumpa dalam surah A'raf ayat 11-23. Cuma kita akan cuba ringkaskan di sini untuk dikongsi bersama.

Di dalam surah A'raf tersebut, ada menyebut Sebelum Iblis diusir keluar dari syurga ke muka bumi, dia meminta untuk dipanjangkan hayatnya sehingga hari kiamat dan dia beranak pinak. Dan permintaannya ini dikabulkan oleh Allah s.w.t. Dan Iblis sempat berjanji dihadapan Allah s.w.t, bahawasanya dia akan berusaha menggoda manusia dari semua sudut, depan, belakang, kiri dan kanan. Dan Iblis juga berjanji yang dia akan pastikan sedikit saja dikalangan manusia yang akan bersyukur iaitu taat kepada perintah Allah.

Sedarkah kita realiti pada masa kini? Sudah tentu Iblis beserta keturunannya sedang berseronok melihat betapa rosaknya kehidupan segelintir manusia pada masa kini. Mereka bersorak gembira kerana apa yang mereka tekadkan dihadapan Allah sebelum di usir dari syurga mereka berjaya melakukannya. Moga-moga kita semua tidak termasuk di dalam golongan hamba-hamba yang tidak bersyukur kepada Allah dan mengikuti jejak langkah Iblis Laknatullahi alaihi.

Sahabat-sahabat yang di kasihi Allah sekalian,
perkara yang kita lupakan sehingga kita terjerumus ke lembah Iblis adalah kerana dunia ini sudah dihiasi oleh mereka ( Iblis ) dengan keindahan. Allah s.w.t berfirman di dalam surah An A'm ayat 32 yang bermaksud.: " Dan tidaklah dunia hanyalah melalaikan dan permainan, dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu berfikir?". Dalam ayat ini Allah s.w.t menegaskan kepada kita supaya kita selalu berhati-hati dengan perhiasan dunia.

Di dalam hadis pula, Sabda Nabi saw: “Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya”. (Hr Muslim) 
Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh memperingatkan kita agar takut dan berhati-hati dengan dunia. Kerana dunia sememangnya dihiasi penuh dengan keindahan sehingga memesongkan hati kita daripada mengingat Allah s.w.t. 

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita sama berusaha sering memperingati diri kita masing-masing, agar sentiasa berhati-hati dengan kehidupan dunia yang penuh dengan dugaan ini. Semoga hati kita sentiasa terpelihara, dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t.InsyaAllah. 

Irbid Jordan, 8.56 PM 
Malaysia , 1.56AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan