Khamis, 10 Januari 2013


Hidup Oh Hidup ~ 


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Moga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat di bawah penjagaan Allah s.w.t.

Sahabat-sahabat yang di kasihi Allah sekalian, bersykur adalah salah satu sifat terpuji yang sangat di tuntut untuk kita lahirkan di dalam kehidupan kita. Segala apa yang kita miliki adalah hasil kurniaan dan rahmat daripadaNya. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak punya daya walau sebesar zarah sekalipun.

Allah lah yang meminjamkan segalanya kepada kita. Dan semua ini akan ditanya di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t dalam surah Israa ayat 36 yang bermaksud : "Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan, anggota itu akan ditanya tentang apa yang mereka telah lakukan". Allah berikan kita kaki, kemana kita pakai? Allah beri kita mata, melihat ke mana mata kita? Semua anggota tidak bisa menipu di hadapan Allah s.w.t di akhirat nanti.

Itulah seharusnya kita bersyukur Allah masih berikan kita nikmat yang tidak terkira banyaknya. Tapi ramai di kalangan manusia yang selalu melupakan nikmat pemberian Allah. Begitulah manusia, tidak pernah bersyukur. Bila mana Allah tarik nikmat tersebut, barulah kita menyesal. Namun, kemanalah penyesalan kita itu.

Ada satu cerita soal nikmat yang ingin saya kongsikan di post kali ini. Kesah pernah berlaku dengan sahabat saya sendiri. Nama di rahsiakan. Kawan saya itu perempuan. Hidup nya bermula dengan tidak baik, kerana terpengaruh dengan zaman remaja. Dan dia hampir terhanyut dengan kehidupannya yang tidak baik. Mujur Allah selamatkan dia, Allah berikan hidayah agar dia tinggalkan kehidupan lamanya. Kemudian, Allah hntar seorang lelaki di dalam hidupnya. Lelaki tersebut berpendidikan agama, sesuai dengan kehendak kawan saya perempuan tu. Kerana si perempuan ini mahu menjadi perempuan yang baik, ingin dibimbing. Lalu mereka berkenalan. dan si lelaki tersebut tidak putus-putus untuk memberikan nasihat dan pesanan, dengan berharap agar perempuan tersebut dapat menjadi wanita yang terbaik.

Namun, kita manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Dan perempuan ini seringkali tersalah tindakan. Tapi si lelaki yang berpendidikan agama tahu, itu adalah ujian buatnya yang dia harus tabah menempuhnya. Dia sabar menasihat walaupun seringkali di lukai. Dia tahu itulah namanya Tarbiyah. Dia cuba sedaya upaya membimbing. Sampailah satu ketika si perempuan tidak tahan dengan kesalahan yang dia sering lakukan. Lalu membuat keputusan untuk meminta lepas daripada lelaki tersebut, kerana dia merasakan dirinya tidak cukup baik untuk si lelaki itu. Nampak tak cerita nie??

Persoalannya. Si perempuan itu tahu dia sering melakukan kesalahan ( bnyak kesilapan yg harus di betulkan lagi), tapi kenapa dia melepaskan lelaki yang Allah hntar di saat dia memerlukan seseorang untuk membimbingnya? Dia merasakan dia tidak cukup baik untuk lelaki itu. Lalu meminta lepas dengan lelaki yang cukup baik membimbingnya. Adakah dia mengimpikan lelaki sebaliknya ( yang tidak baik )??? Pelik x??

Dipendekkan cerita, lelaki itu merasa sedih. Namun apakan daya tidak dapat berbuat apa-apa. Lalu hiduplah si perempuan bersendirian. Hiduplah dia dalam beberapa ketika. Dia tidak sedar dia sudah melepaskan nikmat pemberian Allah. Dan sampailah satu ketika dia berkenalan dengan seorang lelaki yang baginya sedap mata memandang, senang cakap hensem. ( dari luaran ). Lalu, mereka sudah hanyut sehanyut-hanyutnya. Dia sudah lupa dirinya disebabkan mabuk dalam cinta lelaki. Berseronok sehingga lupa agamanya. Sehinggalah terjadi perkara yang tidak baik, barulah dia menyesal dan terfikir nasib hidupnya. Dia membezakan hidupnya bersama lelaki itu dan lelaki kurniaan Allah sebelum ini. Bila di carinya lelaki kurniaan Allah itu semula, dia mendapat berita lelaki itu hidup bahagia bersama perempuan lain. Dan perempuan itu berjaya di bimbing oleh lelaki itu sehingga menjadi wanita yang betul-betul menjaga keperibadian diri berlandaskan agama. Menyesallah si perempuan tadi kerana melepaskan nikmat pemberian Allah sebelum ini. Namun, masa tidak boleh di putar.

Faham x cerita saya? hehe. Begitulah kawan-kawan, realiti pada masa kini. Kita tertipu dengan mainan syaitan. Yang kita rasakan seronok itu sebenarnya buruk buat kita. Dan yang kita rasakan berat itu adalah yang terbaik buat kita. Tapi kita lupa, ingin menjadi manusia yang baik itu bukan senang. perlukan pengorbanan. Kesimpulannya yang dapat kita simpulkan. Oleh kerana perempuan tadi pada awalnya merasakan dirinya tidak cukup baik dan layak untuk lelaki itu, kenapa dia sendiri tidak berusaha memperbaiki dirinya dan belajar untuk menghargai lelaki kurniaan Allah itu?? Kawan-kawan, mencari pasangan yang tidak baik itu senang. Pergi mana-mana boleh jumpa.Tapi mencari yang betul-betul menjaga kita ( Kurniaan Allah ) adalah amat susah.

Belajarlah untuk menghargainya. Sebelum Allah tarik. Waktu itu penyesalan sudah tidak berguna. Semoga cerita ini dapat memberi pengajaran buat kita semua.

Waalaikumussalam Warahmatullah.


Irbid Jordan. 12.12 AM,
Malaysia 5.12 AM.