Khamis, 10 Januari 2013


Hidup Oh Hidup ~ 


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Moga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat di bawah penjagaan Allah s.w.t.

Sahabat-sahabat yang di kasihi Allah sekalian, bersykur adalah salah satu sifat terpuji yang sangat di tuntut untuk kita lahirkan di dalam kehidupan kita. Segala apa yang kita miliki adalah hasil kurniaan dan rahmat daripadaNya. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak punya daya walau sebesar zarah sekalipun.

Allah lah yang meminjamkan segalanya kepada kita. Dan semua ini akan ditanya di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t dalam surah Israa ayat 36 yang bermaksud : "Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan, anggota itu akan ditanya tentang apa yang mereka telah lakukan". Allah berikan kita kaki, kemana kita pakai? Allah beri kita mata, melihat ke mana mata kita? Semua anggota tidak bisa menipu di hadapan Allah s.w.t di akhirat nanti.

Itulah seharusnya kita bersyukur Allah masih berikan kita nikmat yang tidak terkira banyaknya. Tapi ramai di kalangan manusia yang selalu melupakan nikmat pemberian Allah. Begitulah manusia, tidak pernah bersyukur. Bila mana Allah tarik nikmat tersebut, barulah kita menyesal. Namun, kemanalah penyesalan kita itu.

Ada satu cerita soal nikmat yang ingin saya kongsikan di post kali ini. Kesah pernah berlaku dengan sahabat saya sendiri. Nama di rahsiakan. Kawan saya itu perempuan. Hidup nya bermula dengan tidak baik, kerana terpengaruh dengan zaman remaja. Dan dia hampir terhanyut dengan kehidupannya yang tidak baik. Mujur Allah selamatkan dia, Allah berikan hidayah agar dia tinggalkan kehidupan lamanya. Kemudian, Allah hntar seorang lelaki di dalam hidupnya. Lelaki tersebut berpendidikan agama, sesuai dengan kehendak kawan saya perempuan tu. Kerana si perempuan ini mahu menjadi perempuan yang baik, ingin dibimbing. Lalu mereka berkenalan. dan si lelaki tersebut tidak putus-putus untuk memberikan nasihat dan pesanan, dengan berharap agar perempuan tersebut dapat menjadi wanita yang terbaik.

Namun, kita manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Dan perempuan ini seringkali tersalah tindakan. Tapi si lelaki yang berpendidikan agama tahu, itu adalah ujian buatnya yang dia harus tabah menempuhnya. Dia sabar menasihat walaupun seringkali di lukai. Dia tahu itulah namanya Tarbiyah. Dia cuba sedaya upaya membimbing. Sampailah satu ketika si perempuan tidak tahan dengan kesalahan yang dia sering lakukan. Lalu membuat keputusan untuk meminta lepas daripada lelaki tersebut, kerana dia merasakan dirinya tidak cukup baik untuk si lelaki itu. Nampak tak cerita nie??

Persoalannya. Si perempuan itu tahu dia sering melakukan kesalahan ( bnyak kesilapan yg harus di betulkan lagi), tapi kenapa dia melepaskan lelaki yang Allah hntar di saat dia memerlukan seseorang untuk membimbingnya? Dia merasakan dia tidak cukup baik untuk lelaki itu. Lalu meminta lepas dengan lelaki yang cukup baik membimbingnya. Adakah dia mengimpikan lelaki sebaliknya ( yang tidak baik )??? Pelik x??

Dipendekkan cerita, lelaki itu merasa sedih. Namun apakan daya tidak dapat berbuat apa-apa. Lalu hiduplah si perempuan bersendirian. Hiduplah dia dalam beberapa ketika. Dia tidak sedar dia sudah melepaskan nikmat pemberian Allah. Dan sampailah satu ketika dia berkenalan dengan seorang lelaki yang baginya sedap mata memandang, senang cakap hensem. ( dari luaran ). Lalu, mereka sudah hanyut sehanyut-hanyutnya. Dia sudah lupa dirinya disebabkan mabuk dalam cinta lelaki. Berseronok sehingga lupa agamanya. Sehinggalah terjadi perkara yang tidak baik, barulah dia menyesal dan terfikir nasib hidupnya. Dia membezakan hidupnya bersama lelaki itu dan lelaki kurniaan Allah sebelum ini. Bila di carinya lelaki kurniaan Allah itu semula, dia mendapat berita lelaki itu hidup bahagia bersama perempuan lain. Dan perempuan itu berjaya di bimbing oleh lelaki itu sehingga menjadi wanita yang betul-betul menjaga keperibadian diri berlandaskan agama. Menyesallah si perempuan tadi kerana melepaskan nikmat pemberian Allah sebelum ini. Namun, masa tidak boleh di putar.

Faham x cerita saya? hehe. Begitulah kawan-kawan, realiti pada masa kini. Kita tertipu dengan mainan syaitan. Yang kita rasakan seronok itu sebenarnya buruk buat kita. Dan yang kita rasakan berat itu adalah yang terbaik buat kita. Tapi kita lupa, ingin menjadi manusia yang baik itu bukan senang. perlukan pengorbanan. Kesimpulannya yang dapat kita simpulkan. Oleh kerana perempuan tadi pada awalnya merasakan dirinya tidak cukup baik dan layak untuk lelaki itu, kenapa dia sendiri tidak berusaha memperbaiki dirinya dan belajar untuk menghargai lelaki kurniaan Allah itu?? Kawan-kawan, mencari pasangan yang tidak baik itu senang. Pergi mana-mana boleh jumpa.Tapi mencari yang betul-betul menjaga kita ( Kurniaan Allah ) adalah amat susah.

Belajarlah untuk menghargainya. Sebelum Allah tarik. Waktu itu penyesalan sudah tidak berguna. Semoga cerita ini dapat memberi pengajaran buat kita semua.

Waalaikumussalam Warahmatullah.


Irbid Jordan. 12.12 AM,
Malaysia 5.12 AM. 

Selasa, 25 Disember 2012


Pemurahnya Allah 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Jam sudah menunjukkan jam 1.36 AM tapi mata belum mau tutup, so daripada terbuang masa, baik update blog. :) Hari tu post gantung kan? Haritu cerita tentang "mensyukuri dan menghargai nikmat Allah", kalini pulak tentang " pemurahnya Allah", apa kaitan??

Kawan-kawan sekalian, dalam surah Israa ayat 11 Allah s.w.t berfirman bermaksud " Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan, Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa ". Apa maksud ayat ni sebenarnya?Manusia doa buruk?

Dihujung ayat tu Allah memberitahu sifat kita manusia ni selalunya tergesa-gesa ( suka terburu-buru). Bila sesuatu musibah menimpa kita, mula lah kita mengeluh itu dan ini. ada yg mempertikai takdir. Bila emosi xok, mulut mengeluarkan perkataan yang tidak seharusnya di ucapkan, Sedangkan kata-kata itu satu doa. Itu lah yg di maksudkan ayat tu bahawa manusia ni dengan sifat terburu-buru mereka, suka meminta perkara yang buruk. Lalu, keadaan manusia ini di jelaskan lagi di dalam surah Yunus ayat 11 yang bermaksud " Dan sekiranya Allah menyegerakan suatu kejahatan bagi manusia sebagaimana mereka meminta di segerakan kebaikan, maka akan celakalah mereka, tetapi kami ( Allah ) biarkan orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan kami ( Allah ) itu sesat dalam keadaan bingung.

Nampak tak sahabat-sahabat sekalian betapa pemurahnya Allah? Sayangnya Allah dengan kita. Walaupun kita selalu tidak bersyukur dan menghargai dengan apa yang kita miliki dan selalu merungut dengan musibah, tapi Allah tidak menurukan keburukan kepada kita.

Manusia memang selalu bersifat dengan sifat terburu-buru dalam semua perkara. Kita lupa apa yang berlaku terhadap diri kita adalah pengaturan daripada Allah s.w.t. Bila kita ditimpa musibah, adakah kita bersendirian? Masakan Allah s.w.t tidak tahu kita di timpa kesusahan?? Mesti DIA yang mengaturkan. Lalu, untuk apa kita ditimpakan musibah?? Mari kita bersama-sama berusaha sentiasa berfikiran positif dengan apa pun yang menimpa diri kita. Kerana di sebalik semua itu, pasti ada terselit hikmah yang tidak terjangkau oleh akal kita.

Semoga kita semua sentiasa terpandu kejalanNya. Mudahan terjawab post sebelum ni yang agak tergantung :) hehe. Sebelum terlupa, jangan lupa doakan saya exam k~! ^_^ 

Ahad, 23 Disember 2012


Bersyukur pemberian-Nya



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Exam dekat suda~!! Seminggu lagi. Sempat lagi update, curi masa kejap. Doakan ana k :P hihi.

Kali ni mau cakap pasal mensyukuri dan menghargai pemberian Allah. Kenapa pemberian Allah?Sebab semua yg ada di muka bumi ni, semua milikNya. Biarpun kita dapat duit dari mak bapa kita, tapi hakikatnya duit itu rezeki daripada?? Allah Subhanahu Wa Taa'la. Pandai.. hehe. Macam dalam kelas pulak ajar budak-budak. hahaha.

Tajuk ada tapi idea xda.haha. sebab baru balik kelas ni, penat sikit. Cuma tiba-tiba entah kenapa tangan mau terasa update, jadi update lah. Xapa, kali ni mau kongsi ja kata-kata orang otai. Namanya dirahsiakan untuk mengelak gosip panas. hehe. Cuma, cukup terkesan dengan kata-kata pujangganya. Beliau berkata :

The only choice you has is,
either you choose the BEST one, 
or help him/her to be a BETTER one. 

Amacam??power x?? Tapi kata-kata ni cukup berharga dan sangat berguna. ( padahal xfaham sangat pun, lemah BI ). haha. yang xfaham, boleh ,minta tolong Sir Jujel A/L Teranslet k? hahaha.. 

Xda idea!! haha. xpa, sengaja kasi gantung-gantung ( bahasa sabah, maksudnya= separuh@xsampai ) post, sebab ada sambungannya nanti di episod akan datang. Episod khas dengan tajuk yg cukup mengancam jiwa kita. Jadi, jangan lupa temujanji kita, di waktu dan masa yang sama, dalam rancangannnnn???? Eh, cam cerita Tv pulak. haha. Cita-cita mau jadi personaliti xkesampaian. hahaha. 

In shaa Allah nanti akan di sambung post akan datang. Akan ana jelaskan :P Semoga Kita semua sentiasa berada dalam Rahmat Allah, dan ditetapkan di atas jalanNya. Amin ya rabb. ^_^ 


Irbid Jordan, 3.58 PM, 
Malaysia 8.56 PM. 


Jumaat, 14 Disember 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama xpost sebab exam straight. huhu. Dan sekarang tinggal seminggu lebih kuliah sebelum menunggu Final Exam, then lepastu HOLIDAY!! =)

Betul-betul xtau mau post apa, sebab idea belum muncul. huhu. Cuma satu ja la mo kongsi, saya sudah daftar masuk musabaqah ( Pertandingan ) Hafazan Al-Quran peringkat U kat sini. Cabaran juga masuk peringkat lebih tinggi kali ni. Kena rajin-rajin mengulang nie. Doakan saya k :) Moga usaha ini menjadi medium untuk saya ingat balik Al-Quran. Sedih juga bila lupa ayat-ayat Quran, penat hafal pastu bagi tinggal. Banyak sangat buat dosa. huhu.

Lagi satu mau cerita pasal "si dia" yang nuuuun jauh di sana. Kalau dia baca post ni baguslah, kalau dia xbaca, xpa satu hari nanti dia akan baca juga. keh3. Rasa sedih juga sebenarnya dengan apa yang berlaku. Maybe Allah mau uji k0t. Dua2 dapat pengajaran. Apapun, buat " si dia", minta maaflah untuk kesilapan.dan amiklah pengajaran dari apa yang terjadi. Muhasabah diri. Sebab tu Allah xbagi Hak Talak dengan wanita. Apapun, saya doakan segala urusan " si dia " di sana berjalan lancar. Dipermudahkan urusan, di kuatkan semangat. Jangan lemah2 k. Ingat Allah selalu. Ingat pesanan-pesanan yang baik, jadilah Muslimah yg baik. Kalau ada apa-apa masalah, jangan segan-segan, hubungi talian bebas tol di talian 03-9882761. tetttttt.. hehe. ^_^ . Jangan tension-tension buat assignment di sana, itu memang lumrah U. Kalau mau senang, masuk kelas muzik. Menyanyi ja kerja, teda assignment. hahaha.






Pelik ka tiba-tiba saya cerita pasal " si dia "?? Jangan fikir bukan-bukan. Semua kan berlaku ada hikmahnya. Jadi bagi yang baca ni, ada hikmahnya tu. Cari yang tersirat tu. :P Okla, jangan lupa doakan saya di mudahkan usaha ni k? Dan lagi satu!! Doakan kami berdua. Mudah-mudahan dipelihara, dan dipandu Allah ke JalanNya.

Akhir kata, Jom kita bersama-sama berlomba menuju ke arah kebaikan. Sebab Allah s.w.t sukaaaa kepada orang yang berbuat baik. Semoga segala urusan kita semua di permudahkan Allah s.w.t. N lastly, Jangan lupa doa tuk Gaza n Syria! PEACE NO WAR.. ^___^ 

Selasa, 6 November 2012

Kita Lupa

                      
                        INDAHNYA DUNIA






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apa khabar semua? Didoakan semoga sentiasa berada dalam keeadaan sihat..macam surat cinta pulak..hehe..kantoi pengalaman..keh3..

Ada seperkara kita sebagai manusia sering lupa dengannya. Kita sering tertewas dengan keindahannya. Kita terlupa kita sedang bermusafir di atasnya.dan kita lupa untuk apa tujuan kita berkelana di atas nya. Untuk berseronok??untuk berusaha mendapatkan pujian dari seluruh manusia? Kita lupa sebenarnya.

Kita semua Allah hantar ke dunia selepas peristiwa Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s, dan disitulah bermulanya ujian kita sebagai manusia yang akan diadili di mahkamah Allah s.w.t kelak pada hari yang sudah ditentukan, hari Kiamat. Iblis ketika hendak di usir oleh Allah s.w.t daripada syurga, sempat berdialog dan meminta seperkara daripada Allah s.w.t. Kisahnya kita boleh jumpa dalam surah A'raf ayat 11-23. Cuma kita akan cuba ringkaskan di sini untuk dikongsi bersama.

Di dalam surah A'raf tersebut, ada menyebut Sebelum Iblis diusir keluar dari syurga ke muka bumi, dia meminta untuk dipanjangkan hayatnya sehingga hari kiamat dan dia beranak pinak. Dan permintaannya ini dikabulkan oleh Allah s.w.t. Dan Iblis sempat berjanji dihadapan Allah s.w.t, bahawasanya dia akan berusaha menggoda manusia dari semua sudut, depan, belakang, kiri dan kanan. Dan Iblis juga berjanji yang dia akan pastikan sedikit saja dikalangan manusia yang akan bersyukur iaitu taat kepada perintah Allah.

Sedarkah kita realiti pada masa kini? Sudah tentu Iblis beserta keturunannya sedang berseronok melihat betapa rosaknya kehidupan segelintir manusia pada masa kini. Mereka bersorak gembira kerana apa yang mereka tekadkan dihadapan Allah sebelum di usir dari syurga mereka berjaya melakukannya. Moga-moga kita semua tidak termasuk di dalam golongan hamba-hamba yang tidak bersyukur kepada Allah dan mengikuti jejak langkah Iblis Laknatullahi alaihi.

Sahabat-sahabat yang di kasihi Allah sekalian,
perkara yang kita lupakan sehingga kita terjerumus ke lembah Iblis adalah kerana dunia ini sudah dihiasi oleh mereka ( Iblis ) dengan keindahan. Allah s.w.t berfirman di dalam surah An A'm ayat 32 yang bermaksud.: " Dan tidaklah dunia hanyalah melalaikan dan permainan, dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu berfikir?". Dalam ayat ini Allah s.w.t menegaskan kepada kita supaya kita selalu berhati-hati dengan perhiasan dunia.

Di dalam hadis pula, Sabda Nabi saw: “Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya”. (Hr Muslim) 
Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh memperingatkan kita agar takut dan berhati-hati dengan dunia. Kerana dunia sememangnya dihiasi penuh dengan keindahan sehingga memesongkan hati kita daripada mengingat Allah s.w.t. 

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita sama berusaha sering memperingati diri kita masing-masing, agar sentiasa berhati-hati dengan kehidupan dunia yang penuh dengan dugaan ini. Semoga hati kita sentiasa terpelihara, dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t.InsyaAllah. 

Irbid Jordan, 8.56 PM 
Malaysia , 1.56AM

Khamis, 1 November 2012

Malu..Malu Oh Malu...


MALU!!




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bertemu kembali! senyum dulu..^_^

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang Maha Berkuasa ke atas apa juga yang berlaku di atas alam ini. Dan juga selawat dan salam atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.a.w.

Alhamdulillah, saat ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dimuka bumi Allah ni kan? walaupun udara xberapa segar suda, hehe...xpa yang penting boleh dihirup lagi.  Harini kita ada ucap tanda kesyukuran kita tak dengan Allah s.w.t sebab beri kita kesempatan lagi tuk hidup?? Hahh, ini yang selalu kita lupa tuk buat sentiasa, ( padahal diri sendiri lupa ) ngee...

So, Jom ucap alhamdulillah..Terima kasih ya Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan dengan kami. Dapat sudah pahala kan? :P Sebenarnya, kita sepatutnya malu dengan Allah s.w.t. Sangat2 malu. Sebab walaupun kita sering alpa, sering terlupa akan DIA, tapi DIA tidak pernah lupakan kita.DIA tak pernah lepaskan kita walau sesaat. Sentiasa mendengar keluhan-keluhan dan rintihan-rintihan hambaNya. Tak kira pagi petang siang malam..kalau kite kawan kejut tengah malam nak luah, memang siku lah dia dapat, hahaha..

Ok, biasanya realiti hidup kat dunia ni kita tengok manusia malu dengan orang lain sebab?? Antaranya, malu sebab duit xde, kereta xde, study xtinggi, pakaian xmahal. Beto0l x?? yang lain, korang tambah la sendiri benda yang besa buat korang malu dengan orang lain, hehe.. Agak2 ape sebenarnya yang buat kita rase camtu dengan orang lain ea?? Sebabnye.... kita lupe yang kita hidup ni bukan tuk semua tue.tapi untuk Allah s.w.t. Kita kan dah janji tiap2 kali solat, kita bace doa iftitah " Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati lillahi rabbil a'lamin.. ceh, cam kursus S0lat pulak..hehe,, maksudnya "Sesungguhnya solatku, urusanku, hidupku, dan matiku, kerana Allah s.w.t.

Alamak, baru perasan kan?? Kita dah janji rupanya.. Hahh, tue lah puncanya. So, sepatutnya kita tak patut malu pun dengan manusia lain. Tapi jangan cakap malu tu xperlu..perlu.tapi kena lah berpatutan dengan tempatnya. hehe.. Sebab dalam satu hadis Nabi S.a.w. pernah bersabda, maksudnya " Sekiranya kamu tak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki". Bukan Nabi s.a.w suruh kita buat ape saje yg kita suka, tapi nak bgtau yang malu tu sebenarnya adalah fitrah manusia. Manusia akan jadi malu bila melakukan benda yang xelok. Malu cam tue lah yang dimaksudkan Nabi Muhammad s.a.w.

Dan..yang sepatutnya kita malu adalah dengan Allah s.w.t. Kita ni walaupun dah diberi semua kelengkapan, kekadang ditambah lagi kelebihan dengan harta, dengan paras rupa menarik, berilmu dan sebagainya, tapi sering juga lupa dengan Allah. Solat kekadang awal, kekadang lambat.. Quran jarang baca. Zikir pun xamalkan. Apatah lagi tinggalkan kewajipan kita cam solat. Sangat2 memalukan. Allah dah beri kita segalanya. Allah beri kita nikmat sihat, Allah beri kekuatan untuk kita bergerak ke sana kemari. Pun xbersyukur. Cuba kita bayangkan kita bekerja kat syarikat, pastu kita xikut arahan Boss, masuk lambat gi pejabat, rase2 Boss tu nak naikkan gaji kita ke?? haha, mustahil la kan. Tiap2 hari kene basuh telinga, last2 kene buang keje. Tapi, bezanya dengan Boss sekalian Alam.. Itulah ALLAH S.W.T. kita nie, dahla xde pape, semua dipinjamkan, diberi kesenangan lagi, tapi selalu xturuti perintah DIA, tapi DIA still bagi kita nikmat yang berterusan.bagi kita kesihatan, bagi panjangkan umur kita, dan sebagainya..
ALLAH...malunya..

Jadi, sahabat2 yang di kasihi sekalian..janganlah lupa untuk selalu ucapkan kalimah syukur kepada Allah s.w.t. Dan, beringat2 lah selalu, sama2 kita berusaha ke arah lebih baik dari sebelum ni. Berusaha mendekatkan diri kita denganNya. Jom kita sama2 kembali kepada Fitrah kita sebagai manusia, iaitu MENCARI ALLAH... Insya Allah bila kita sudah jumpa dan kenal Tuhan kita, kita akan selalu ingat akan DIA, dan akan berhati-hati dalam kehidupan kita.

Tue ja la kali ni, sekadar memberi motivasi dalam hidup kita, dan juga peringatan buat kita yang sentiasa memerlukan peringatan. Kerana peringatan itu sangat berguna tuk menjadi orang yang beriman. Semoga bermanfaat buat kita semua. Salam ukhuwah ...=)



Irbid Jordan, 4.28 pm,
Malaysia 9.28 pm






Selasa, 30 Oktober 2012

Jom Ta'aruf

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ahlan wasahlan dan..Selamat datang serta..Welcome :)

Ok,, untuk pengetahuan korang..ini pertama kali saya menge"post" (inipun atas jasa baik my assistant..hehe) so, untuk pertama kalinya..mari kita kenal2 dulu..tapi sebelum tu, nak bagitau lah serba sedikit bahawasanya...cewaahhh,, belog ni di "create" atas dasar keinginan untuk menjadikan belog ni sebagai satu medium untuk berdakwah..rugilah kan kalau belajar di dunia ni kita x "share" dengan orang lain..

Mari Ta'aruf~
seperti yang telah tertera kat tepi tu, nampak x? ahaha..nama Muhammad Nazran Bin Arbaa dan asalnya diri ni dari Semporna, Sabah..tapi pernah menetap di Tuaran..ada al-kisahnya ni, hehe..tapi biarlah rahsia dulu~


Macam biasalah, asal dah mencapai umur 7 tahun..mesti pergi sekolah kan..so, saya pun mendapat pendidikan awal di SK. Pekan Tuaran..dan pra-sekolah pun di sanalah juga..orang kuat Tuaran kan..hihi..diringkaskan cerita..haa,, tengok timeline di bawah ni..malas punya pasal..ahaha

Peringkat Rendah
1997 : SK Pekan, Tuaran
1998 : SK. Tanjung Malim, Perak
1999 : SK. Bugaya, Semporna
2000-2003 : SK. Pekan Tuaran (ni sekolah kesayangan..hehe)

Peringkat Menengah
2004-2008 : SMKA Inanam (SEMAI) atau nama barunya SMKA Tun Ahmad Shah (TUNAS)
2009 : kemudian dapat tawaran, ke Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu..dan Alhamdulillah, dapat persijilan tahfiz 2009/2010
dan sampai la saat sekarang ni, masih lagi menyambung pengajian di Univ. Yarmouk Jordan, dalam bidang Usuluddin..sekarang dah masuk tahun 3..dan berbaki setahun lebih lagi..InsyaAllah..

Okeh, masuk bab family pula..
bapa bekerja sebagai pensyarah di Institut Perguruan Kampus Tawau, Sabah..dan mama pula sebagai suri rumah...daaannn, saya ni anak ke 3 dari 5 orang adik beradik..jom berkenalan dengan my siblings pula..hehe..anak 1st, Mohammad Nazrul Bin Arbaa..sekarang ni tengah bekerja sebagai polis di Lahad Datu..2nd, Muhd Nazri Bin Arbaa..jeles sangat2 dengan dia sebab dia ni last year medic kat Bangalore India..yang 3rd, It's ME..tau dah kaaann? 4th, Muhammad Rozaimie Bin Arbaa dan sekarang tengah belajar di Institut Miri Sarawak..dan lasst sekali, Siti Ardilah Bin Arbaa tingkatan 4 di SMKA Tun Ahmad Shah.

So, harap jelas la kan kepada pembaca2 yang sedang membaca ni..hehe..inilah serba sedikit tentang saya..sebarang kekurangan didahulukan dengan mohon maaf sebab saya ni masih newbie dalam penulisan belog..harap2 lepas ni bertambah baik lah..InsyaAllah