Selasa, 6 November 2012

Kita Lupa

                      
                        INDAHNYA DUNIA






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apa khabar semua? Didoakan semoga sentiasa berada dalam keeadaan sihat..macam surat cinta pulak..hehe..kantoi pengalaman..keh3..

Ada seperkara kita sebagai manusia sering lupa dengannya. Kita sering tertewas dengan keindahannya. Kita terlupa kita sedang bermusafir di atasnya.dan kita lupa untuk apa tujuan kita berkelana di atas nya. Untuk berseronok??untuk berusaha mendapatkan pujian dari seluruh manusia? Kita lupa sebenarnya.

Kita semua Allah hantar ke dunia selepas peristiwa Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s, dan disitulah bermulanya ujian kita sebagai manusia yang akan diadili di mahkamah Allah s.w.t kelak pada hari yang sudah ditentukan, hari Kiamat. Iblis ketika hendak di usir oleh Allah s.w.t daripada syurga, sempat berdialog dan meminta seperkara daripada Allah s.w.t. Kisahnya kita boleh jumpa dalam surah A'raf ayat 11-23. Cuma kita akan cuba ringkaskan di sini untuk dikongsi bersama.

Di dalam surah A'raf tersebut, ada menyebut Sebelum Iblis diusir keluar dari syurga ke muka bumi, dia meminta untuk dipanjangkan hayatnya sehingga hari kiamat dan dia beranak pinak. Dan permintaannya ini dikabulkan oleh Allah s.w.t. Dan Iblis sempat berjanji dihadapan Allah s.w.t, bahawasanya dia akan berusaha menggoda manusia dari semua sudut, depan, belakang, kiri dan kanan. Dan Iblis juga berjanji yang dia akan pastikan sedikit saja dikalangan manusia yang akan bersyukur iaitu taat kepada perintah Allah.

Sedarkah kita realiti pada masa kini? Sudah tentu Iblis beserta keturunannya sedang berseronok melihat betapa rosaknya kehidupan segelintir manusia pada masa kini. Mereka bersorak gembira kerana apa yang mereka tekadkan dihadapan Allah sebelum di usir dari syurga mereka berjaya melakukannya. Moga-moga kita semua tidak termasuk di dalam golongan hamba-hamba yang tidak bersyukur kepada Allah dan mengikuti jejak langkah Iblis Laknatullahi alaihi.

Sahabat-sahabat yang di kasihi Allah sekalian,
perkara yang kita lupakan sehingga kita terjerumus ke lembah Iblis adalah kerana dunia ini sudah dihiasi oleh mereka ( Iblis ) dengan keindahan. Allah s.w.t berfirman di dalam surah An A'm ayat 32 yang bermaksud.: " Dan tidaklah dunia hanyalah melalaikan dan permainan, dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu berfikir?". Dalam ayat ini Allah s.w.t menegaskan kepada kita supaya kita selalu berhati-hati dengan perhiasan dunia.

Di dalam hadis pula, Sabda Nabi saw: “Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya”. (Hr Muslim) 
Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh memperingatkan kita agar takut dan berhati-hati dengan dunia. Kerana dunia sememangnya dihiasi penuh dengan keindahan sehingga memesongkan hati kita daripada mengingat Allah s.w.t. 

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita sama berusaha sering memperingati diri kita masing-masing, agar sentiasa berhati-hati dengan kehidupan dunia yang penuh dengan dugaan ini. Semoga hati kita sentiasa terpelihara, dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t.InsyaAllah. 

Irbid Jordan, 8.56 PM 
Malaysia , 1.56AM

Khamis, 1 November 2012

Malu..Malu Oh Malu...


MALU!!




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bertemu kembali! senyum dulu..^_^

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang Maha Berkuasa ke atas apa juga yang berlaku di atas alam ini. Dan juga selawat dan salam atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.a.w.

Alhamdulillah, saat ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dimuka bumi Allah ni kan? walaupun udara xberapa segar suda, hehe...xpa yang penting boleh dihirup lagi.  Harini kita ada ucap tanda kesyukuran kita tak dengan Allah s.w.t sebab beri kita kesempatan lagi tuk hidup?? Hahh, ini yang selalu kita lupa tuk buat sentiasa, ( padahal diri sendiri lupa ) ngee...

So, Jom ucap alhamdulillah..Terima kasih ya Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan dengan kami. Dapat sudah pahala kan? :P Sebenarnya, kita sepatutnya malu dengan Allah s.w.t. Sangat2 malu. Sebab walaupun kita sering alpa, sering terlupa akan DIA, tapi DIA tidak pernah lupakan kita.DIA tak pernah lepaskan kita walau sesaat. Sentiasa mendengar keluhan-keluhan dan rintihan-rintihan hambaNya. Tak kira pagi petang siang malam..kalau kite kawan kejut tengah malam nak luah, memang siku lah dia dapat, hahaha..

Ok, biasanya realiti hidup kat dunia ni kita tengok manusia malu dengan orang lain sebab?? Antaranya, malu sebab duit xde, kereta xde, study xtinggi, pakaian xmahal. Beto0l x?? yang lain, korang tambah la sendiri benda yang besa buat korang malu dengan orang lain, hehe.. Agak2 ape sebenarnya yang buat kita rase camtu dengan orang lain ea?? Sebabnye.... kita lupe yang kita hidup ni bukan tuk semua tue.tapi untuk Allah s.w.t. Kita kan dah janji tiap2 kali solat, kita bace doa iftitah " Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati lillahi rabbil a'lamin.. ceh, cam kursus S0lat pulak..hehe,, maksudnya "Sesungguhnya solatku, urusanku, hidupku, dan matiku, kerana Allah s.w.t.

Alamak, baru perasan kan?? Kita dah janji rupanya.. Hahh, tue lah puncanya. So, sepatutnya kita tak patut malu pun dengan manusia lain. Tapi jangan cakap malu tu xperlu..perlu.tapi kena lah berpatutan dengan tempatnya. hehe.. Sebab dalam satu hadis Nabi S.a.w. pernah bersabda, maksudnya " Sekiranya kamu tak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki". Bukan Nabi s.a.w suruh kita buat ape saje yg kita suka, tapi nak bgtau yang malu tu sebenarnya adalah fitrah manusia. Manusia akan jadi malu bila melakukan benda yang xelok. Malu cam tue lah yang dimaksudkan Nabi Muhammad s.a.w.

Dan..yang sepatutnya kita malu adalah dengan Allah s.w.t. Kita ni walaupun dah diberi semua kelengkapan, kekadang ditambah lagi kelebihan dengan harta, dengan paras rupa menarik, berilmu dan sebagainya, tapi sering juga lupa dengan Allah. Solat kekadang awal, kekadang lambat.. Quran jarang baca. Zikir pun xamalkan. Apatah lagi tinggalkan kewajipan kita cam solat. Sangat2 memalukan. Allah dah beri kita segalanya. Allah beri kita nikmat sihat, Allah beri kekuatan untuk kita bergerak ke sana kemari. Pun xbersyukur. Cuba kita bayangkan kita bekerja kat syarikat, pastu kita xikut arahan Boss, masuk lambat gi pejabat, rase2 Boss tu nak naikkan gaji kita ke?? haha, mustahil la kan. Tiap2 hari kene basuh telinga, last2 kene buang keje. Tapi, bezanya dengan Boss sekalian Alam.. Itulah ALLAH S.W.T. kita nie, dahla xde pape, semua dipinjamkan, diberi kesenangan lagi, tapi selalu xturuti perintah DIA, tapi DIA still bagi kita nikmat yang berterusan.bagi kita kesihatan, bagi panjangkan umur kita, dan sebagainya..
ALLAH...malunya..

Jadi, sahabat2 yang di kasihi sekalian..janganlah lupa untuk selalu ucapkan kalimah syukur kepada Allah s.w.t. Dan, beringat2 lah selalu, sama2 kita berusaha ke arah lebih baik dari sebelum ni. Berusaha mendekatkan diri kita denganNya. Jom kita sama2 kembali kepada Fitrah kita sebagai manusia, iaitu MENCARI ALLAH... Insya Allah bila kita sudah jumpa dan kenal Tuhan kita, kita akan selalu ingat akan DIA, dan akan berhati-hati dalam kehidupan kita.

Tue ja la kali ni, sekadar memberi motivasi dalam hidup kita, dan juga peringatan buat kita yang sentiasa memerlukan peringatan. Kerana peringatan itu sangat berguna tuk menjadi orang yang beriman. Semoga bermanfaat buat kita semua. Salam ukhuwah ...=)



Irbid Jordan, 4.28 pm,
Malaysia 9.28 pm